Upacara teh goreng
Catatan rasmi yang terawal pada Dinasti Tang,mencatatkan bahawa terdapat teori “makan teh”, mereka merebus serbuk teh dengan air dan menambahkan sedikit garam atau bumbu lain. Apabila minum teh ini, ia dimakan bersama daun teh. Ini adalah panggilan “Makan tea”.Upacara Teh makan teh ini juga dikenali sebagi upacara teh goreng ini telah terbentuk budaya merasa teh yang terawal.
Tōcha (斗茶道)
Pada zaman dahulu, literati kuno akan membawa teh masing-masing dan air untuk bermain Tōcha.
Tōcha juga dikenali sebagai Pertempuran Teh, bermula pada akhir Dinasti Tang dan berakhir dengan Dinasti Song. Tōcha pertama kali terkenal di Jianzhou, Wilayah Fujian. Tōcha adalah ungkapan tertinggi dalam teh kuno. Matlamat utama dalam Tōcha adalah rasa, terutamanya untuk mengunyah permukaan teh. Penguji teh juga mesti menikmati sup teh, warna, bau dan rasa. Semuanya ini mesti lah pada tahap yang tinggi, Untuk menang dalam kemenangan terakhir Tōcha.
Upacara teh Gongfu atau upacara kung fu teh
Teh Gongfu berasal dari Dinasti Song dan paling lazim diadakan di Chaozhou, Wilayah Guangdong (sekarang Chaozhou) dan Zhangzhou dan Quanzhou di Fujian.
Gongfu Teh mementingkan kepada cara-cara membancuh teh, keperluan untuk teknik operasi, set teh, suhu air, masa membancuh teh, cara minum dan lain-lain lagi. Upacara ini kedengarannya seperti seni mempertahankan diri di dalam teh sehingga ia dipanggil teh Gongfu.
Walaupun cara-cara membancuh teh ini dinamakan sebagai GongFu teh tetapi kaedah ini sangat mudah dikuasai dan menggunakan oleh orang awam. Kaedah ini telah terbukti bahawa cara ini boleh digunakan setiap hari untuk minum teh. Biasanya, gongfu teh bermula dengan merebus air dengan sekajap. Rebusan ini dikenali sebagai bancuh pertama. Biasanya bancuhan pertama ini tidak diminum tetapi digunakan untuk membasuh cawan-cawan ataupun alat-alat set teh. Proses ini dikenali sebagai cuci pertama. Bancuran pertama ini biasanya tidak diminum dan digunakkan untuk cuci daun teh-teh yang kemungkinan terdapat debu-debu dalam daun teh. Selepas cuci pertama, air akan dimasukkan untuk merendam teh sekali lagi, teh diletakkan sementara sebelum dituangkan ke dalam cawan. Teh dalam cawan akan dinikmati secara perlahan-lahan (dikenali sebagai flush kedua), kemudian tambah air untuk menbancuh dan ulangi proses kedua ini sehingga teh tiada rasanya. Teh yang bagus biasanya boleh dibancuh sebanyak 10 kali.