Keasalan Teh

Selamat datang ke satu-satunya Perhentian Teh.

Untuk memulakan Blog berkenaan dengan Teh, saya akan membincangkan tentang keasalan Teh. Pokok teh adalah tumbuhan dicotyledonous yang sangat lama yang berkait rapat dengan kehidupan manusia. Biarkan kami belajar teh dengan lebih menlanjut dengan mencari balik keasalan Teh.

Keasalan Teh.

Terdapat perbezaan pendapat tentang keasalan budaya minum teh Cina. Keasalan minum teh Cina ditelusuri kembali ke zaman purba. Sesetengah orang berfikir bahawa mereka telah bermula dari Dinasti Zhou, Dinasti Qin, Dinasti Han, Dinasti San Guo, Dinasti Nan Bei , dan Dinasti Tang. Sebab utama mengaggapkan bahawa budaya minum teh cina bermula dari Dinasti Tang adalah kerana tidak ada perkataan untuk teh “茶” sebelum Dinasti Tang, ia hanya menpunyai perkataan ‘Tu’ (荼) . Ia telah dirakamkan sehingga Lu Yu, pengarang klasik teh, menulis perkataan” teh “dengan menolak satu perkataan dari yang lain. Oleh itu, berkata bahawa teh berasal dari Dinasti Tang dengan adanya pernyataan ini. Yang lain yang berkata berasal dari Shen Nong adalah berasal dari dialek pada Dinasti Qin dan Han.

Walau bagaimanapun, sesetengah orang dapat menemui bukti bahawa tabiat minum teh bukan sahaja dicipta oleh orang Cina, tetapi juga dicipta di tempat lain di dunia, seperti India dan Afrika.

Pada tahun 1823, tentera British telah menemui pokok teh besar-besaran di India. Ini telah menyebabkan sesetengah orang mula berfikir bahawa kemungkinan  keasalan teh adalah berasal dari India. Tetapi terdapat penyantaan berkata tumbuhan teh liar di China, semuanya tertumpu di rantau barat daya. Rekod-rekod itu juga tercatat pokok teh juga berada di wilayah Gansu dan Hunan. Dengan penyatatan ini juga memperkukulkan bukit  bahawa budaya minum teh adalah datang dari China.

 

Budaya Teh

Di sesetengah negara, minum teh merupakan seni dan cara untuk berehat. Dalam dunia hari ini, kami bergegas untuk kehidupan seharian, mempunyai jadual dasi bekerja dan sebagainya. Ini membina tekanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Teh merupakan salah satu minuman yang boleh menghilangkan tekanan dan menaikan tarafkan gaya hidup kami.

Di China, minum teh Cina telah memberi perhatian kepada perkataan “rasa”. Belajar teh bukan hanya untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan teh sahaja. Belajar teh juga boleh memperluaskan rasa khayalan dan rasa teh.

Dalam zaman sekarang, kehidupan di bandar amat sibuk dan tekanan tinggi. Biasanya, untuk menyantai hati, kami boleh mencari satu tempat yang sunyi, bancuh teh yang konsentrasi dan duduk di situ dengan nikmati secawan teh yang panas dibanchu. Ia adalah satu cara akan membantu untuk melonggarkan minda dan menghapuskan keletihan. Ia juga dapat memberikan satu perasaan yang menyeronokan dalam jiwa anda.

Semasa menikmati teh, persekitaran adalah salah satu faktor yang akan meningkatkan keseronokan rasa teh. Biasanya, kami akan pilih tempat diluar bandar, dimana terdapat bangunan yang unik, di tepi sungai, di atas bukit-bukit ataupun di kampung-kampung yang sunyi.

Kewujudan teh telah memperkayakan budaya orang cina dan meningkatkan budaya kerohani orang cina. Ini jauh lebih luas maknanya daripada “budaya teh” dan “kesenian teh” sahaja. Budaya Tea yang diamalkan di seluruh dunia, terdapat beberapa perbezaan antara budaya teh Cina dan budaya teh Eropah, Amerika, atau Jepun.

Saya akan menbincangkan upacara teh yang diamalkan oleh orang cina dan juga orang jepun. Upacara Teh yang diamalkan oleh oraing cina dan orang jepun, dipercayai berasal dari ajaran yang sama. Tetapi terdapat perbezaan di antara mereka.

 

Updated: July 1, 2018 — 3:06 pm

Leave a Reply